Carian
(April Fool) Microsoft Memperkenalkan MS-DOS Mobile Untuk Peranti Lumia
April 1, 2015 Aman

MS-DOS merupakan salah satu sistem operasi nostalgia yang digunakan apada komputer sebelum versi sistem operasi moden hadir. Hari ini, bersempena 1 April, Microsoft membawa kembali para pengguna ke era sebelum ini, dan memperkenalkan MS-DOS Mobile.

MS-DOS Mobile

MS-DOS Mobile merupakan salah satu aplikasi untuk Windows Phone, dan anda boleh menggunakannya dengan menaip beberapa kata arahan, seperti “CD PROGRAMS”, “CD PHONE”, “DIR”. Anda turut boleh membuka beberapa aplikasi dan ia akan membawakan elemen MS-DOS padanya, sebagai contoh pada kamera. Selain itu, anda turut boleh cuba format peranti anda menggunakan MS-DOS Mobile ini, dan Cortana hadir menyelamatkan anda.

Bagi anda yang mempunyai peranti Lumia, anda boleh memuat-turun aplikasi ini bersempena hari ini, dan membuat beberapa arahan khusus melaluinya.

https://www.youtube.com/watch?v=irJQDGw8Ptk

Komen