(April Fool) Sony Hadir Dengan PlayStation Flow – Memainkan Watak Permainan Berenang Dalam Dunia Realiti

(April Fool) Sony Hadir Dengan PlayStation Flow – Memainkan Watak Permainan Berenang Dalam Dunia Realiti

Diterbitkan pada Apr 1, 2015 oleh .

Dengan pelbagai syarikat hadir dengan idea kreatif mereka untuk 1 April ini, pihak Sony turut tidak ketinggalan dan memperkenalkan PlayStation Flow. Ia dikategorikan sebagai sebuah peranti boleh-pakai dan menjadi peranti pelengkap untuk PlayStation 4.

PlayStation Flow

Ia hadir dengan sebuah goggle dan beberapa strap yang dipakai pada lenggan dan kaki dalam usaha untuk merakamkan gerakan anda. Kemudiannya, anda boleh menggunakan ia untuk mengawal watak dalam sesuatu permainan dengan berenang di dalam kolam renang, ataupun di beberapa lokasi lain.

Melengkapkan pengumuman April Fool oleh Sony ini juga adalah pengenalan PlayStation Body Dryer yang mengeringkan badan anda dalam masa beberapa saat sahaja selepas keluar daripada kolam renang.

Seperti biasa, ini hanya sekadar jenaka dan idea menarik Sony bersempena dengan 1 April ini sahaja, dan produk ini tidak akan dihasilkan ataupun dipasarkan.


TIPS & ULASAN