(April Fool) Asus Zenfone Zero – Telefon Rumah Dengan Pelbagai Ciri-Ciri Terkini

(April Fool) Asus Zenfone Zero – Telefon Rumah Dengan Pelbagai Ciri-Ciri Terkini

Diterbitkan pada Apr 1, 2015 oleh .

Dengan perkembangan arena peranti mudah-alih, salah satu perkara yang sering dilupakan adalah mengenai telefon rumah atau telefon pejabat. Kini, bersempena dengan 1 April, Asus hadir dengan produk jenaka mereka tersendiri, dinamakan sebagai Asus Zenfone Zero.

Asus Zenfone Zero hadir dengan ruangan pendail digital yang turut boleh digunakan untuk membaca mesej. Dilengkapi sokongan USB dan HDMI, selain turut dilengkapi dengan sokongan SonicMaster pada ganggang telefon.

Asus Zenfone Zero

Asus turut mengatakan ia boleh ditanggalkan dan digunakan sebagai telefon pintar. Ciri-ciri lain yang turut disertakan adalah sokongan 3D Hologram untuk anda menikmati video atau sebarang kandungan yang disimpan pada Asus Cloud.

Walaupun idea ini tidak realisitik dan hadir bersempena April Fool, tetapi mungkin ia sesuatu yang menarik untuk Asus hadir dengan telefon rumah dengan rekaan sebegini serta sokongan skrin sentuh untuk pendail.


TIPS & ULASAN