(April Fool) HTC Memperkenalkan HTC Re Sok – Stokin Pintar Dengan Sokongan Notifikasi
HTC

(April Fool) HTC Memperkenalkan HTC Re Sok – Stokin Pintar Dengan Sokongan Notifikasi

Diterbitkan pada Apr 1, 2015 oleh .

Kita sedia melihat kasut pintar dihasilkan beberapa pengeluar, dan hari ini bersempena 1 April, pihak HTC hadir dengan sebuah idea berbentuk jenaka – iaitu stokin pintar yang dikenali dengan nama HTC Re Sok.

HTC Re Sok

HTC Re Sok merupakan sebuah stokin biasa, tetapi hadir dengan beberapa ciri-ciri pintar. Antaranya adalah anda boleh mengikuti beberapa notifikasi terus pada stokin, dan turut hadir dengan integrasi GPS. Sokongan integrasi GPS membolehkan anda menemui helaian stokin yang lagi satu jika ia terpisah ketika dibasuh dan sebagainya.

Disamping itu, HTC Re Sok juga turut boleh mengenal-pasti bilakah stokin anda koyak, dan memberitahu kepada anda untuk mendapatkan stokin yang baru.

Namun, salah satu kekurangan pada HTC Re Sok adalah ia tidak boleh dibasuh sama ada menggunakan mesin ataupun tangan.


TIPS & ULASAN