Permainan Tomb Raider I Kini Di Google Play

Permainan Tomb Raider I Kini Di Google Play

Diterbitkan pada Apr 2, 2015 oleh .

Tomb Raider I yaag muncul 19 tahun yang lalu mengubah landskap permainan video dunia. Seperti Samus Aran, Lara Croft membuktikan watak wanita di dalam permainan video juga boleh melakukan aksi lasak dan berani mati. Tanpa Tomb Raider permainan seperti Uncharted tidak akan wujud. Kepada pengguna Android anda kini boleh bermain Tomb Raider asal pada peranti anda. Aplikasi ini dijual pada harga RM 4.48. Versi untuk IOS sudah wujud sejak November tahun lalu.

Kami masih ingat pertama kali bermain Tomb Raider pada konsol Sega Saturn. Sempat bermain sehingga masuk ke dalam piramid. Tetapi terhenti di situ kerana ianya terlalu sukar. Kami akan membeli permainan ini dan cuba menghabiskan perjuangan yang sudah 19 tahun tertunggak. Perjuangan kita belum selesai kerana hanya yang cekal dan tabah dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.

Tomb-Raider-Android

Muat-Turun Tomb Raider Untuk Android

Muat-Turun Tomb Raider Untuk IOS


TIPS & ULASAN