Kerusi Tandas Ini Mendapat Inspirasi Dari MacBook Air

Kerusi Tandas Ini Mendapat Inspirasi Dari MacBook Air

Diterbitkan pada Apr 2, 2015 oleh .

Sir Jony Ive ialah pereka industri yang paling berpengaruh abad ini. Produk Apple rekaan beliau mendapat pujian bukan sahaja kerana ianya kelihatan cantik tetapi kerana ia adalah mesra pengguna. Nama beliau diangkat setanding dengan Dieter Rams, Yves Behar dan pasangan Ray & Charles Eames. Tidak mengejutkan rekaan Ive menjadi ikut-ikutan pengeluar barangan pengguna dunia sekarang.

Pinkhouse ialah sebuah firma rekaan di New York. Mereka menghasilkan sebuah kerusi tandas yang mendapatkan sumber inspirasi dari MacBook Air rekaan Ive. Kerusi tandas ini diperbuat daripada kayu maple dan aluminium. Bahagian tempat duduk kayu mapel diukur kemas bagi memastikan keselesaan ketika menyahtinja. Kayu ini dipilih kerana ianya tidak sejuk seperti bahan plastik yang digunakan pada kerusi tandas biasa. Bahagian penutup diperbuat daripada aluminium dengan kemasan serupa pada MacBook Air.  Kerana rekaannya yang premium kerusi tandas ini dijual pada harga $260 sebuah.

Harga yang agak melampau bagi sebuah kerusi tandas. Tetapi sekiranya anda gemar menggunakan barangan yang direka dengan baik dan diperbuat daripada bahan premium harga bukanlah masalah bagi mendapatkan produk yang berkualiti.

Macbook-Air-Toilet


TIPS & ULASAN