Cari @ Amanz

IDC sering hadir dengan pelbagai data-data menarik berkaitan pengguna tempatan mahupun seluruh dunia. Terkini, IDC telah pun berkongsi beberapa statistik menarik berkaitan pasaran Malaysia, terutamanya menyentuh mengenai pasaran peranti mudah-alih.

Salah satu perkara yang disentuh oleh IDC adalah berkenaan dengan telefon pintar. Melalui data yang dikongsikan oleh IDC, di Malaysia sepanjang tahun 2014 yang lepas, Samsung menduduki tangga pertama dengan pegangan pasaran sebanyak 30%, dan diikuti oleh Lenovo sebanyak 17%.

IDC Malaysia 2014

Tangga ketiga diduduki oleh Asus dengan pegangan pasaran 9%, Oppo dengan 7% dan Apple dengan 7% juga. Seperti biasa, angka statistik yang dikeluarkan adalah berdasarkan peranti yang dipasarkan di Malaysia sepanjang 2014 lepas.

Melalui pemantauan pihak IDC juga, pasaran telefon pintar kini mula dipegang oleh pengeluar peranti dari China dan Taiwan berbanding jenama global lain. Jikalau disatukan, peranti dari kedua-dua negara ini mempunyai pegangan pasaran penjual hampir 60%.

IDC Malaysia 2014

Secara kasar, beberapa perkara menyumbang kepada perkara ini, dan salah satunya adalah sumbangan daripada pihak kerajaan sendiri yang sering hadir dengan beberapa inisiatif menarik seperti pakej SKMM yang telah diperkenalkan pada tahun 2013 yang lepas.

Trend pembelian telefon pintar dijangka akan terus meningkat pada tahun ini. Walaupun dikenakan caj GST, ia dikatakan tidak akan memberikan impak yang besar kepada pasaran.

IDC Malaysia 2014

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd