HTC One M8S Diperkenalkan Dengan Rekaan One M8 Asal, Kamera 13-megapixel, Snapdragon 615
HTC

HTC One M8S Diperkenalkan Dengan Rekaan One M8 Asal, Kamera 13-megapixel, Snapdragon 615

Diterbitkan pada Apr 2, 2015 oleh .

HTC nampaknya agak aktif pada tahun ini. Selepas memperlihatkan HTC One E9 Plus di China minggu lepas, hari ini HTC secara rasminya memperkenalkan satu lagi peranti baru mereka yang dikenali sebagai HTC One M8s. HTC One M8s membawakan rekaan seperti One M8 asal, tetapi dengan beberapa perubahan spesifikasi padanya.

HTC One M8s

HTC One M8s hadir menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 615 64-bit, serta kamera belakang 13-megapixel dengan sokongan HTC Duo Camera. Untuk bateri ia menggunakan bateri berkapasiti 2840mAh, selain turut dilengkapi dengan antaramuka HTC Sense 6 seperti pada One M8 asal tetapi menggunakan Android 5.0 Lollipop. Untuk rakaman selfie, HTC menyertakan kamera hadapan 5-megapixel.

Ciri-ciri lain seperti HTC BoomSound, rekaan peranti dan sebagainya masih dikekalkan pada telefon pintar HTC One M8s ini. Peranti ini turut menyertakan sokongan Dot Case seperti versi asal.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada peranti HTC One M8s ini akan dilancarkan pada peringkat global atau terhad untuk pasaran Eropah sahaja.

Di UK, HTC menjual peranti ini pada harga £379.99 (~RM2075).


TIPS & ULASAN