Google AdSense Kini Menyokong Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Apr 2, 2015 oleh .

Google AdSenseGoogle AdSense merupakan salah satu perkhidmatan Google yang membolehkan para penerbit web menyertakan sebuah kod khusus, dan memaparkan iklan relevan sambil menjana pendapatan melaluinya. Ia hanya ditawarkan untuk beberapa bahasa terhad sahaja sebelum ini, dan hari ini ia secara rasminya ditawarkan dalam bahasa Malaysia.

Dengan sokongan ini, ia sekaligus membolehkan pelbagai laman web dan blog yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai medium utama untuk menyertakan kod Google AdSense dan menjana wang tambahan melaluinya.

Google pada masa yang sama turut berkongsi mengatakan pada rantau ini terdapat lebih kurang 40 juta penutus berbahasa Melayu, dan lebih 220 juta pengguna di dunia yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Jika anda mempunyai web dan ingin memaparkan iklan daripada Google, anda boleh menyertai Google AdSense hari ini. Pengumuman sokongan bahasa Malaysia ini hadir daripada Google selepas mereka membawakan sokongan AdWords dalam bahasa Malaysia pada tahun lepas.

Layari : Google AdSense Malaysia

TIPS & ULASAN