Selepas pelbagai teka-teki mengenai sama ada harga prabayar akan kekal ataupun dikenakan caj GST – kini @AhmadMaslan melalui akaun Twitter beliau mengumumkan yang mana syarikat telekomunikasi seperti Digi, Celcom, UMobile dan juga Maxis akan mengguna-pakai harga pasaran baru RM10.60 untuk RM10 (dan seterusnya).
Melalui Tweet sama, Ahmad Maslan mengatakan syarikat telekomunikasi bersetuju untuk menambah beberapa penawaran percuma. Ia akan ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi dalam bentuk minit panggilan dan juga SMS percuma. Namun, ini hanya akan ditawarkan untuk suatu tempoh waktu yang terhad sahaja.