Penawaran Minit Dan SMS Percuma Untuk Tambah-Nilai Pasca-GST Hanya Untuk Tempoh Tiga Bulan Sahaja

Penawaran Minit Dan SMS Percuma Untuk Tambah-Nilai Pasca-GST Hanya Untuk Tempoh Tiga Bulan Sahaja

Diterbitkan pada Apr 2, 2015 oleh .

GSTLanjutan daripada GST untuk prabayar, CFM (Communication and Multimedia Consumer Forum of Malaysia) turut telah mengeluarkan penjelasan lanjut mengenai perkara ini. Semua prabayar akan dikenakan caj GST seperti dipersetujui pihak Kastam kerana nilai asas tambah-nilai berkenaan tidak berubah.

Ini bermakna pengguna akan diperlukan untuk membeli tambah-nilai dengan menambah harga GST sebanyak 6%. Sebagai contoh, prabayar bernilai RM10 akan dijual untuk RM10.60.

Sebagai ganti untuknya, semua tambah nilai berharga RM5 ke atas akan menerima minit panggilan percuma dan SMS sebagai ganti untuk caj GST ini. Memberikan contoh untuknya, CFM mengatakan tambah nilai sebanyak RM10 akan menerima panggilan 5 minit percuma serta 5 SMS, sementara untuk RM20 pula akan menerima panggilan percuma 10 minit serta 10 SMS percuma.

Walaubagaimanapun, penawaran percuma ini hanya untuk tempoh tiga bulan sahaja daripada tarikh 3 April – dan dikategorikan sebagai penawaran percuma untuk tempoh peralihan daripada tiada GST ke GST. Selepas tempoh tiga bulan, tiada sebarang penawaran percuma lagi akan diberikan dan pengguna akan dikenakan caj GST tanpa sebarang penawaran percuma tambahan.

Selain daripada pengumuman berkaitan dengan GST ini, Kementerikan Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga turut sama telah mengumumkan yang mana syarikat telekomunikasi akan mengurangkan tarif mereka dalam bulan ini untuk menjadikan perkhidmatan mereka lebih mampu lagi – terutamanya untuk penawaran jalur-lebar dan internet.


TIPS & ULASAN