Microsoft Office Lens Hadir Ke iPhone Dan Android – Memudahkan Anda Mengimbas Dokumen

Microsoft Office Lens Hadir Ke iPhone Dan Android – Memudahkan Anda Mengimbas Dokumen

Diterbitkan pada Apr 3, 2015 oleh .

Microsoft Office Lens telah ditawarkan untuk Windows Phone sejak sebelum ini, yang mana membolehkan anda menggunakan kamera pada telefon pintar untuk merakamkan gambar dokumen dan mengubahnya kepada bentuk seperti mana sesuatu dokumen itu diimbas. Kini, selepas sekian lama, ia turut hadir ke platform iOS dan Android

Office Lens

Terdapat beberapa aplikasi yang melakukan perkara sama, tetapi apa yang menarik mengenai Office Lens adalah integrasi teknologi OCR, yang membolehkan ia mengenal-pasti setiap teks dan mengubah dokumen yang “diimbas” berkenaan ke sebuah dokumen yang boleh disunting menggunakan Word atau PowerPoint, atau menyimpannya dalam bentuk PDF.

Bagi anda yang menggunakan peranti iPhone, anda boleh mencuba sendiri aplikasi ini hari ini, sementara untuk pengguna Android, Microsoft hanya menawarkan ia dalam bentuk Preview, dan mboleh dikategorikan sebagai versi beta lagi buat masa ini.

Muat-Turun Office Lens untuk iOS

Muat-Turun Office Lens untuk Android Preview


TIPS & ULASAN