Sony Membeli Aset Dan Paten Milik Perkhidmatan Penstriman Permainan – OnLive

Sony Membeli Aset Dan Paten Milik Perkhidmatan Penstriman Permainan – OnLive

Diterbitkan pada Apr 3, 2015 oleh .

OnLiveOnLive merupakan salah satu perkhidmatan penstriman permainan yang telah diasaskan pada tahun 2003 dan mula beroperasi dengan menawarkan perkhidmatan kepada umum sejak 2010 yang lepas. Ia sebelum ini mengalami masalah kewangan dan kesukaran bersaing dengan beberapa perkhidmatan lain. Kini, Sony dilihat telah pun mengambil-alih paten dan aset milik OnLive, dan pada masa yang sama akan menamatkan perkhidmatan berkenaan.

Dengan pengambil-alihan oleh Sony, perkhidmatan OnLive akan ditamatkan pada 30 April, dan selepas itu semua data pemain akan dipadam daripada sistem berkenaan.

Sony mungkin menggunakan paten dan aset yang dibeli melalui pengambil-alihan ini untuk terus menambah baik platform Gaikai yang kini dikenali sebagai PlayStation Now.


TIPS & ULASAN