Cari @ Amanz

Beberapa hari yang lalu Xiaomi mengumumkan Mi Headphone akan mula dijual di Malaysia. Hari ini tarikh jualan diumumkan iaitu 8 April ketika Mi Fan Festival 2015. Harga sepasang fon kepala berwayar ini ialah RM 319. Lebih mahal dari jangkaan kami iaitu sekitar RM 280.

Mi Headphone ialah fon kepala dengan binaan premium logam dan kulit. Ia dilengkapi dengan mic terbina serta boleh dilipat bagi memudahkan ianya disimpan. Selain daripada itu ia turut mempunyai saiz pembesar suara telinga sebesar 50 mm. Tiga pasang busa penutup telinga berlainan saiz disertakan bagi membolehkan pengguna mencari saiz yang paling sesuai untuk mereka.

mi-headphone-sale

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd