Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang paling tidak disukai ramai adalah apabila ditipu oleh pemandu teksi untuk tambang yang lebih. Aplikasi seperti MyTeksi hadir untuk mengatasi masalah tersebut, dan kini SPAD sendiri hadir dengan sebuah aplikasi khusus untuknya.

SPAD MeterON

Menggunakan aplikasi tersebut, pengguna boleh memasukkan destinasi yang ingin dituju, dan melihat sendiri berapakah caj tambang yang akan terlibat untuk perjalanan tersebut.

Disamping itu, menggunakan aplikasi yang sama, pengguna turut boleh menyemak beberapa maklumat berkenaan teksi yang dinaiki, termasuk berkenaan dengan pemandu teksi berkenaan.

Langkah ini daripada SPAD mungkin merupakan salah satu langkah yang baik dalam terus membaiki industri pengangkutan awam tempatan, terutamanya teksi.

Bagi pengguna Android, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store dan iOS hari ini dan menggunakannya dalam menyemak beberapa perkara berkaitan teksi.

Disunting (6.21 petang) untuk menyertakan pautan iPhone.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd