Samsung Dilaporkan Akan Mengeluarkan Cip A9 Untuk iPhone Seterusnya

Samsung Dilaporkan Akan Mengeluarkan Cip A9 Untuk iPhone Seterusnya

Diterbitkan pada Apr 3, 2015 oleh .

Samsung pada awalnya mengeluarkan cip pemprosesan untuk Apple bagi digunakan pada iPhone. Pada tahun lepas, Apple beralih kepada TSMC (Taiwan Semiconductor Manufacturing Co) – dikatakan disebabkan oleh persaingan serta beberapa masalah di mahkamah. Kini, ia dilaporkan Apple mungkin beralih kepada Samsung kembali untuk pengeluaran cip tahun ini.

Namun, ia masih tidak diketahui lagi sama ada Samsung secara eksklusif akan mengeluarkan cip pemprosesan tersebut, atau Apple turut akan membahagikan sebahagiannya kepada TSMC.

Samsung pada tahun ini juga turut telah memperkenalkan Galaxy S6 menggunakan cip pemprosesan mereka dengan menggunakan teknologi cip 14-nanometer – yang maa boleh dikatakan masih tidak dimiliki oleh beberapa pengeluar lain. Teknologi ini selain menawarkan cip pemprosesan yang bersaiz kecil dan berkuasa, ia juga menggunakan tenaga pemprosesan yang rendah yang membawa kepada masa penggunaan yang lebih lama.

Seperti biasa, maklumat lanjut mengenai cip A9 yang akan digunakan oleh Apple masih tidak diketahui lagi – apatah lagi info berkaitan telefon pintar terbaru daripada Apple.


TIPS & ULASAN