Pengguna Samsung Galaxy Note 4? Kini anda Boleh Kemaskini Kepada Android 5.0 Lollipop

Pengguna Samsung Galaxy Note 4? Kini anda Boleh Kemaskini Kepada Android 5.0 Lollipop

Diterbitkan pada Apr 3, 2015 oleh .

Galaxy Note 4 LollipopSamsung telah memperkenalkan kemaskini Android 5.0 Lollipop kepada pengguna Galaxy S5 sebelum ini, dan bermula daripada hari ini, Samsung turut sama telah mula memperkenalkan kemaskini sama kepada para pengguna Galaxy Note 4 di Malaysia.

Seperti umum ketahui, kemaskini Android 5.0 Lollipop membawakan beberapa perkara baru, terutamanya dari segi antaramuka yang menggunakan antaramuka Material Design, sokongan paparan notifikasi yang baru, kebolehan melihat notifikasi pada lockscreen, serta menawarkan masa penggunaan bateri yang lebih baik.

Untuk pengguna tempatan yang ingin melakukan kemaskini ini, anda perlu menyediakan ruangan kosong bersaiz sehingga 3GB untuk proses kemaskini, dan anda akan diperlukan untuk memuat-turun data bersaiz melebih 1GB untuk proses kemaskini ini.

Bagi anda yang masih belum menerima notifikasi untuk kemaskini OTA, anda turut boleh menyemak peranti anda dengan menghubungkan ia melalui Samsung Kies.


TIPS & ULASAN