Waze Kini Beritahu Berapa Lama Anda Akan Tersangkut Dalam Kesesakkan Jalan Raya

Waze Kini Beritahu Berapa Lama Anda Akan Tersangkut Dalam Kesesakkan Jalan Raya

Diterbitkan pada Apr 3, 2015 oleh .

Waze merupakan salah satu aplikasi navigasi yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia, memandangkan ia merupakan antara aplikasi navigasi yang menyediakan sokongan paparan trafik semasa, dan memberitahu anda masa perjalanan yang akan diambil untuk tiba ke destinasi.

Waze Traffic

Kini, Waze turut mengemaskini aplikasi Waze untuk Android dan iOS, dimana mereka menyertakan sebuah bar baru dinamakan sebagai Traffic Bar.

Melaluinya, ia memaparkan berapa lama anda akan tersangkut dalam kesesakkan jalan raya. Ini sekaligus akan memudahkan lagi anda merancang perjalanan dengan lebih efektif berbanding kebiasaan memandangkan boleh melihat masa anda yang akan terbazir dalam sesuatu perjalanan.

Disamping itu, Waze juga mengatakan mereka telah mengemaskini aplikasi Waze untuk iPhone – membawakan paparan keputusan carian ke sesuatu lokasi lebih pantas, dan beroperasi lebih 85% pantas berbanding sebelum ini.

Muat-Turun Waze untuk Android

Muat-Turun Waze untuk iOS


TIPS & ULASAN