Cari @ Amanz

Skype merupakan salah satu aplikasi memfokuskan permesejan dan panggilan suara yang digunakan ramai pada desktop, dan juga peranti mudah-alih. Mereka telah memperkenalkan sokongan bahasa Malaysia pada versi desktop sebelum ini, dan kini mereka turut akan memperluaskan sokongan tersebut ke versi iPhone.

Selain daripada sokongan bahasa Malaysia untuk iPhone, Microsoft turut membawakan beberapa fungsi baru untuk pengguna di Android. Melalui kemaskini baru ini, Skype membawakan elemen rekaan yang lebih selari dengan platform lain ke platform Android – termasuk penggunaan emoji.

Kemaskini untuk Android sudah boleh dimuat-turun, sementara Skype versi baru dengan sokongan bahasa Malaysia untuk iPhone akan hadir dalam seminggu dua lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd