WD Melancarkan My Cloud Expert Series – Memfokuskan Pengguna Professional Dan Perusahaan

WD Melancarkan My Cloud Expert Series – Memfokuskan Pengguna Professional Dan Perusahaan

Diterbitkan pada Apr 4, 2015 oleh .

WD Malaysia baru-baru ini telah melancarkan kemaskini untuk siri WD My Cloud mereka. Sekiranya siri My Cloud sebelum ini dilihat untuk pengguna umum, siri yang dilancarkan mereka kali ini memfokuskan pengguna professional serta perusahaan dan dinamakan My Cloud Expert Series.

Untuk siri terbaru ini, ia menawarkan tahap sekuriti yang lebih tinggi, serta memberikan kebolehan untuk pengguna menguruskan data dengan lebih efisien. Ia membawakan penambahan dari segi spesifikasi dengan cip pemprosesan dan RAM yang lebih tinggi, serta fungsi penyulitan (encryption) AES 256-bit.

WD-05

Harga My Cloud Expert
EX 2100 NAS Tanpa Disk RM 1,099
EX 2100 NAS 4TB RM 1,919
EX 2100 NAS 8TB RM 2,529
EX 2100 NAS 12TB RM 3,289
EX 4100 NAS Tanpa Disk RM 1,769
EX 4100 NAS 8TB RM 3,339
EX 4100 NAS 16TB RM 4,739
EX 4100 NAS 24TB RM 6,559

Bagi siri Expert, ia menyertakan cip pemprosesan dwi teras Marvell ARMADA 385 dan 388, menyokong kapasiti penyimpanan sehingga 24TB, menyokong tetapan RAID 0, 1, 5, 10 JBOD. Fungsi-fungsi lain seperti pelayan server, FTP server, penyalinan server juga boleh digunakan pada sistem ini. Terdapat dua unit yang ditawarkan untuk siri Expert iaitu My Cloud EX2100 dan EX 4100. Kedua-dua unit ini ditawarkan pada empat tetapan yang berbeza dengan harga bermula RM 1,099 untuk unit tanpa pemacu.

WD-04

Harga My Cloud Business
DL 2100 NAS Tanpa Disk RM 1,549
DL 2100 NAS 4TB RM 2,359
DL 2100 NAS 8TB RM 2,849
DL 2100 NAS 12TB RM 3,829
DL 4100 NAS Tanpa Disk RM 2,359
DL 4100 NAS 8TB RM 3,779
DL 4100 NAS 16TB RM 5,229
DL 4100 NAS 24TB RM 6,899

Bagi siri Business, Ia mempunyai cip pemprosesan Intel Atom dwi-teras, RAM 2GB serta turut menyokong kapasiti penyimpanan sehingga 24TB. Berlainan dengan siri Expert, siri Business menyertakan fungsi penyulitan AES 256-bit dan turut menyokong tetapan RAID 0, 1, 5, 10 JBOD. Fungsi-fungsi lain seperti pelayan server, FTP server, penyalinan server juga boleh digunakan pada sistem ini dan turut membezakannya adalah ia menyokong sokongan kuasa UPS, dan mempunyai dua palam elektrik bagi memastikan ia tidak mudah gagal semasa pengoperasiannya. Terdapat dua unit yang ditawarkan iaitu My Cloud DL 2100 dan My Cloud DL 4100.  Kedua-dua unit ini ditawarkan pada empat tetapan yang berbeza dengan harga bermula RM 1,549 untuk unit tanpa pemacu.

Kesemua unit My Cloud Expert dan Business ini hadir dengan jaminan selama 3 tahun, dan bagi pengguna yang membeli perantinya tanpa pemacu, akan memperoleh jaminan selama 2 tahun.


TIPS & ULASAN