OxygenOS Berasaskan Android 5.0 Lollipop Untuk OnePlus One Sedia Di Muat-Turun

OxygenOS Berasaskan Android 5.0 Lollipop Untuk OnePlus One Sedia Di Muat-Turun

Diterbitkan pada Apr 4, 2015 oleh .

OnePlus telah menjanjikan sebuah ROM Android khusus untuk para pengguna peranti OnePlus One, dan kini, OnePlus telah pun menerbitkan OxygenOS tersebut untuk dimuat-turun oleh semua pengguna peranti mereka.

OnePlus Oxygen

OxygenOS ini dibangunkan berasaskan kepada ANdroid 5.0 Lollipop, dan dibangunkan sendiri oleh pihak OnePlus. Ia tidak membawakan penambahan antaramuka seperti beberapa ROM lain, sebaliknya ia mengekalkan pelbagai elemen asal Android.

Bagi para pengguna peranti OnePlus One, anda oleh memuat-turun ROM ini dan memasangnya sendiri pada peranti anda hari ini. Bersama-sama pengenalan ROM OxygenOS ini, pihak OnePlus turut menawarkan sebuah aplikasi khusus untuk memudahkan pengguna memberikan maklumbalas kepada pihak OnePlus dalam terus menambah-baik sistem operasi tersebut.

Muat-Turun Oxygen OS untuk OnePlus One


TIPS & ULASAN