Jika minggu lepas kami telah berkongsi dengan anda maklumbalas dari beberapa pembaca yang telah menguji ‘Zero Bill Shock Promise’ untuk pelan Maxis One, satu lagi ujian yang diadakan adalah pengujian terhadap pelan pascabayar mereka yang menjanjikan tiada kejutan bil untuk penggunaan data secara tidak sengaja.
https://youtu.be/2MgP_ZhOXDs
Meskipun pelan pascabayar dengan internet semakin popular, pelan pascabayar tanpa internet tetap mempunyai pengguna yang tersendiri. Kebiasaannya pelan pascabayar tanpa internet sebegini akan mengecaj pengguna bagi setiap penggunaan data internet (pay per-use / PPU) dan ini bakal menyebabkan bil menjadi semakin mahal meskipun apabila internet digunakan secara tidak sengaja. Caj-caj sebegini kadangkala berasaskan penggunaan untuk setiap 50kb (atau 10kb, mengikut syarikat telekomunikasi) dan sekiranya pengguna secara tidak sengaja melayari laman YouTube yang boleh dikatakan menggunakan 5MB, ini bermaksud pengguna perlu membayar sehingga RM 50 untuknya. Perkara sebegini juga boleh terjadi seandainya pengguna telefon yang tidak menyedarinya (seperti kanak-kanak atau warga emas) melancarkan aplikasi yang menggunakan data, sekaligus mengecaj setiap penggunaan data. Maxis dalam janjinya untuk tahun ini tidah mahu mengecaj pengguna secara PPU kerana ini merugikan pengguna.
Bagi mengatasinya, sekiranya pengguna Maxis yang melanggan pelan pascabayar tanpa internet menggunakan internet secara tidak sengaja, tiada caj akan dikenakan untuk 250kb pertama. Sekiranya penggunaan internet tersebut berlarutan, maka caj RM 10 akan dikenakan untuk setiap 50MB yang digunakan. Caj ini akan berterusan untuk 5 kali iaitu sehingga kuota 250MB dicapai. Ini bermaksud jumlah maksimum yang akan dicaj kepada pengguna untuk data internet hanyalah sebanyak RM50 untuk bulan tersebut. Sekiranya pengguna ingin menggunakan internet lebih dari itu, maka kelajuannya akan terhad namun pengguna boleh memperoleh kelajuan 4G jika membeli kuota data tambahan.
Dengan langkah sebegini ia sekaligus membolehkan lebih ramai pelanggan Maxis menggunakan data, sama ada secara sengaja atau tidak. Malah dengan cara sebegini ia memberikan lebih nilai kepada pengguna dan pengguna tidak perlu risau sekiranya menerima caj-caj yang tidak munasabah atas penggunaan internet tanpa sengaja.
- Maklumat lanjut: Maxis Pay Per Use
Penafian: Advertorial dari Maxis