Sertai Program Cyberview Living Lab Accelerator – Tarikh Tutup 14 April Ini

Sertai Program Cyberview Living Lab Accelerator – Tarikh Tutup 14 April Ini

Diterbitkan pada Apr 5, 2015 oleh .

Pada tahun ini terdapat pelbagai program yang berupaya mempercepatkan pertumbuhan startup yang diumumkan, malahan pada minggu lepas program MaGIC Accelerator Program telah membuka permohonannya. Terdapat satu lagi program yang mempunyai format yang sama yang dikelolakan oleh WatchTower and Friends iaitu Cyberview Living Lab Accelerator.

485772_516262111735670_1217059852_nMenerusi program ini, WatchTower and Friends menawarkan program yang boleh membantu peserta mereka mahupun startup dalam melaksanakan produk mereka dengan lebih pantas, serta memperoleh sokongan yang diperlukan dengan lebih mudah. Mereka mempunyai barisan mentor yang boleh membantu dalam program tersebut, dan terdapat kemudahan pendanaan bagi startup yang terpilih menyertainya. Antara startup yang dicari termasuklah mereka yang bergiat didalam bidang Enterprise, Big Data Analytics, Cloud Computing, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Industri Kreatif, Informasi dan Sekuriti Rangkaian, Internet Of Things dan teknologi boleh-pakai.

Permohonan dibuka sehingga 14 April 2015, dan startup yang disenaraipendek akan menghadiri sesi temuramah bersama mereka. Mereka yang terpilih perlu mengikuti program selama 4 bulan ini bermula pada bulan Mei. Program ini adalah siri kedua dari mereka dan siri pertamanya turut menghasilkan startup yang pernah dikongsikan kisahnya di Amanz, iaitu The Lorry.

Sertai: Cyberview Living Lab Accelerator


TIPS & ULASAN