Digi Kini Menawarkan Pakej Internet Prabayar 1GB Pada Harga RM20 Sebulan

Digi Kini Menawarkan Pakej Internet Prabayar 1GB Pada Harga RM20 Sebulan

Diterbitkan pada Apr 5, 2015 oleh .

Dengan kerajaan yang menekankan untuk memberikan internet pada kadar yang lebih mampu milik, Digi kini dilihat telah mengemaskini salah satu penawaran internet mudah-alih mereka memfokuskan kepada penggunaan di PC dan juga tablet.

Digi RM20

Kini untuk langganan jalur-lebar prabayar daripada Digi, mereka menawarkan pakej serendah RM20 untuk langganan sebanyak 1GB bagi tempoh 30 hari.

Disamping itu, Digi juga turut menawarkan beberapa promosi tambahan untuk langganan ini, dimana jika pengguna membuat isian semula tambah-nilai pada sesuatu kadar, mereka akan diberikan dengan kuota internet tambahan – bermula RM5 untuk 200MB sehinggalah 5GB untuk RM100.


TIPS & ULASAN