Apple Menerbitkan Video Memperlihatkan Cara Penggunan Apple Watch

Apple Menerbitkan Video Memperlihatkan Cara Penggunan Apple Watch

Diterbitkan pada Apr 5, 2015 oleh .

Jam tangan pintar bukan sesuatu yang baru, dimana sesetengah syarikat telah mula menawarkannya sejak beberapa tahun yang lepas. Terkini, pada tahun ini, Apple turut sama menyertai arena tersebut, dan akan mula menjual Apple Watch tidak lama lagi.

Bersempena dengannya, Apple turut sama kini telah menerbitkan beberapa video memperlihatkan secara kasar bagaimanakah cara penggunaan jam tangan pintar tersebut, dan bagaimana anda boleh menggunakannya dalam mengendalikan beberapa perkara seperti menghantar mesej dan sebagainya.

Buat masa ini, sebanyak empat video telah diterbitkan, tetapi Apple turut dijangka akan menambah sejumlah video lain memperlihatkan fungsi seperti pemetaan, panggilan telefon, Siri dan sebagainya.

Apple Watch akan mula dijual pada bulan ini di Amerika Syarikat, dan mereka masih belum mengumumkan secara rasmi lagi berkenaan bilakah jam tangan tersebut akan hadir ke pasaran tempatan.


TIPS & ULASAN