Cari @ Amanz

Salah satu trend yang digemari ramai dalam arena sosial sepanjang masa adalah untuk merakamkan gambar diri dalam bentuk klon – dimana imej anda hadir berulang kali dalam satu gambar yang sama. Terdapat beberapa kaedah untuk melakukan penklonan untuk sesuatu gambar, dan salah satu aplikasi dalam memudahkan proses berkenaan adalah DMD Clone.

Aplikasi DMD Clone ini ditawarkan secara percuma untuk Android dan iPhone – tetapi hadir dengan sokongan pengiklanan.

Menggunakan aplikasi DMD Clone, ia akan mengaktifkan kamera, dan pengguna boleh menggunakannya untuk merakamkan gambar. Daripada percubaan kami, pengguna dikehendaki merakamkan sekurang-kurangnya tiga rakaman yang kemudiannya ia akan disatukan menjadi satu gambar.

DMD Clone

DMD Clone

DMD Clone

Menariknya mengenai aplikasi ini adalah dimana ia akan memperlihatkan gambar rakaman sebelum dan yang ingin dirakam dalam bentuk overlay, sekaligus memudahkan lagi anda membuat posisi anda yang baru dalam gambar yang sama. Anda juga turut boleh membuat pilihan sama ada sesuatu rakaman itu perlu disertakan pada gambar akhir ataupun sebaliknya dengan tap atas hasil akhir rakaman gambar berkenaan.

Percubaan kami untuk beberapa kali menghasilkan gambar yang cantik, tetapi ada beberapa kali hasil yang hadir tidak begitu kemas – terutamanya jika anda tergerak sedikit kamera anda daripada kedudukan asal. Pada masa yang sama, kadang-kala kami menghadapi masalah untuk membuat fokus terhadap sesuatu objek, terutamanya jika ia bersaiz kecil.

Selain daripada itu, segala penawaran yang ditawarkan oleh DMD Clone ini agak menarik, dan boleh dikatakan salah satu aplikasi percuma yang anda boleh gunakan untuk mengklon imej anda berulang lebih daripada sekali pada gambar yang sama.

DMD Clone

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd