Cari @ Amanz

Kayu selfie ialah alat yang digunakan pengguna peranti pintar untuk mengambil gambar mereka walaupun ketika berseorangan. Kini wujud kayu selfie untuk pemilik tablet pula. Kayu selfie untuk tablet ini direka untuk digunakan dengan tablet bersaiz 10″ seperti iPad Air.  Bahagian pemegangnya lebih tahan lasak berbanding kayu pemegang biasa dan pendakapnya juga lebih besar. Sekiranya mengambil gambar selfie menggunakan telefon pintar adalah terlalu arus perdana buat anda, kayu selfie untuk tablet ini harus anda miliki. Setakat ini kami belum melihat lagi kayu selfie tablet digunakan oleh pengguna di Malaysia. Mungkin anda boleh milikinya sekarang pada harga $19 dan menjadi perintis kepada trend terkini kayu selfie tablet di Malaysia.

Monopod-tablet

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd