Cari @ Amanz

Dengan perkembangan arena peranti mudah-alih, salah satu perkara yang turut menjadi fokus ramai syarikat gergasi teknologi adalah sokongan pembayaran menggunakan telefon pintar. Google sedia mempunyai Google Wallet, sementara Apple telah hadir dengan Apple Pay, dan Samsung dengan Samsung Pay.

Kini, Microsoft turut dikatakan ingin menyertai arena sama dengan perkhidmatan mereka yang mungkin dinamakan sebagai Microsoft Payments.

Ia mungkin diintegrasikan pada Windows 10, memudahkan pengguna untuk membayar menggunakan sokongan NFC. Microsoft dikatakan telah menerima pengesahan daripada salah satu negeri di Amerika Syarikat untuk memulakan perkhidmatan mereka tersebut yang mungkin diumumkan bersama-sama Windows 10 kelak.

Microsoft dikatakan mungkin berkongsi lebih lanjut mengenai sokongan Microsoft Payments mereka ini pada acara Build 2015 bulan ini kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd