Twitter Kini Membolehkan Pengguna Menambah Komen Pada ReTweet – Bermula Daripada Aplikasi iOS

Twitter Kini Membolehkan Pengguna Menambah Komen Pada ReTweet – Bermula Daripada Aplikasi iOS

Diterbitkan pada Apr 7, 2015 oleh .

Twitter sebelum ini membolehkan para pengguna untuk ReTweet dan juga Quote sesuatu Tweet dengan menambah komen sendiri padanya. Tetapi, ia tidak membolehkan anda memasukkan komen atau pendapat yang panjang pada sesuatu Tweet.

Quote Tweet

Perkara tersebut akan berubah tidak lama lagi, dimana kini Twitter telah mula memperkenalkan fungsi untuk ReTweet dengan menambah komen. Fungsi ini ditawarkan kepada pengguna iPhone sahaja buat masa ini, dan secara kasarnya, ia menambah Tweet anda, dan seterusnya embed Tweet asal pada perkongsian anda.

Twitter menyasarkan untuk mengekalkan konteks perkongsian asal dengan fungsi ini, dan mengelakkan ia hilang begitu sahaja ketika pengguna menambah pandangan mereka tersendiri.

Fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin hadir ke platform lain selepas ini.


TIPS & ULASAN