LG G4 Bakal Menyertakan Kamera Dengan Lensa F/1.8 Untuk Rakaman Lebih Baik
LG

LG G4 Bakal Menyertakan Kamera Dengan Lensa F/1.8 Untuk Rakaman Lebih Baik

Diterbitkan pada Apr 7, 2015 oleh .

Dalam mengekalkan momentum untuk pemasaran peranti baru LG, nampaknya syarikat pengeluar dari Korea Selatan tersebut kini hadir dengan sebuah video baru setiap hari. Selepas memperlihatkan sokongan antaramuka LG UX4 semalam, hari ini LG turut menerbitkan sebuah lagi video teaser baru untuk produk akan datang mereka.

LG G4

Melalui video yang diterbitkan hari ini, LG memfokuskan kepada lensa kamera yang akan hadir pada LG G4 kelak. Melalui video, LG memperlihatkan ia bakal menyertakan kamera dengan aperture sebesar f/1.8.

Dengan lensa sedemikian, ia akan membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan lebih pantas dan baik pada keadaan pencahayan rendah.

LG bakal mengumumkan LG G4 secara rasmi pada 28 April kelak, dan mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak fungsi baru diperlihatkan oleh LG dalam beberapa hari akan datang.


TIPS & ULASAN