Lebih 1000 Aplikasi Telah Dihantar Untuk Apple Watch Dalam Empat Hari Pertama

Lebih 1000 Aplikasi Telah Dihantar Untuk Apple Watch Dalam Empat Hari Pertama

Diterbitkan pada Apr 7, 2015 oleh .

Apple Watch akan mula dijual di Amerika Syarikat bermula 24 April kelak, dan tidak mustahil untuk kita melihat ia turut dipasarkan di Malaysia secara tidak rasmi beberapa hari selepas itu. Seperti biasa, pada masa kini salah satu perkara yang menjadi fokus utama sebelum seseorang melakukan pembelian adalah sokongan aplikasi yang ditawarkan untuknya.

Terkini, melalui angka yang dikongsikan Tim Cook, beliau mengatakan lebih 1000 aplikasi telah diterima oleh mereka khusus untuk Apple Watch pada empat hari pertama penerimaan aplikasi untuknya dilakukan. Ini sekaligus memperlihatkan ramai pembangun aplikasi yang aktif membangunkan aplikasi mereka untuk platform tersebut.

Apple Watch

Apple sendiri ketika pengenalan Apple Watch telah memperlihatkan sokongan sejumlah aplikasi pada Apple Watch, dimana turut tidak ketinggalan adalah aplikasi Instagram, dan juga WeChat.

Dengan penerimaan angka aplikasi yang tinggi pada peringkat permulaan ini, tidak mustahil untuk kita melihat pengguna akan dapat mengakses pelbagai aplikasi yang diminati mereka ketika Apple Watch dijual kelak pada 24 April ini.


TIPS & ULASAN