Cari @ Amanz

Emel telah menjadi salah satu identiti utama dalam arena web, dimana ia sering digunakan untuk mendaftarkan diri untuk perkhidmatan baru. Secara tidak langsung, ia juga turut digunakan untuk menerima kata laluan, dimana kadang-kala anda tanpa sengaja tersimpan kata laluan yang memungkinkan anda terdedah kepada godaman tambahan jika akaun emel anda terjatuh kepada pihak yang tidak dikehendaki.

Untuk mengatasi perkara ini, kini Dashlane hadir dengan sebuah perkhidmatan baru dinamakan sebagai Inbox Scan. Menggunakannya, ia mengimbas akaun emel anda – sama ada GMail, Yahoo! Mail, Outlook dan sebagainya, dan kemudian memaparkan hasil imbasan tersebut.

Dashlane Inbox Scan

Melaluinya, Dashlane memaparkan apakah kata laluan yang sering digunakan oleh anda pada perkhidmatan yang didaftarkan pada web dan tersimpan pada akaun emel anda. Disamping itu, ia juga memaparkan senarai kata laluan dan perkhidmatan yang ditemui pada akaun emel anda – dimana ia mungkin berbahaya dan mencadangkan untuk anda sama ada lebih baik mengubah kata laluan ataupun sebaliknya.

Seperti biasa, membuat proses imbasan ini mungkin tidak digemari oleh beberapa pengguna. Dashlane mengatakan mereka tidak akan menyimpan data imbasan pada perkhidmatan mereka. Apa pun, bagi anda yang inginkan lebih sekuriti, anda boleh menyemak akaun emel anda secara manual dengan membuat carian terma seperti “Password”, “Reset” dan sebagainya – tetapi seperti biasa akan mengambil sedikit masa berbanding dengan penggunaan tool seperti Dashlane Inbox Scan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd