Pengguna Sony Xperia Z2? Kemaskini Android 5.0 Lollipop Sedia Dimuat-Turun Di Malaysia

Pengguna Sony Xperia Z2? Kemaskini Android 5.0 Lollipop Sedia Dimuat-Turun Di Malaysia

Diterbitkan pada Apr 8, 2015 oleh .

Sony telah menjanjikan pengenalan kemaskini Android 5.0 Lollipop sebelum ini untuk beberapa peranti mereka, dan kini nampaknya pengguna Sony Xperia Z2 di Malaysia sudah mula menerima kemaskini tersebut secara berperingkat.

Sony Xperia Lollipop

Sony Xperia Lollipop

Sony Xperia Lollipop

Melalui kemaskini baru ini, salah satu perubahan drastik yang dibawakan oleh Sony adalah dari segi antaramuka. Seperti semua sedia maklum, Android 5.0 membawakan antaramuka Material Design, dan Sony mengekalkan penggunaannya pada kemaskini ini. Notifikasi juga turut diberikan nafas baru, serta dipaparkan pada lockscreen. Disamping itu, pelbagai fungsi Sony turut dioptimasikan dengan penggunaan antaramuka ini, selain penggunaan bateri dan sebagainya turut dikatakan lebih baik menggunakannya.

Sony mengatakan kemaskini Android 5.0 Lollipop ini memerlukan ruangan storan lebih kurang 1.2GB, dan mungkin mengambil masa sekitar 20 minit untuk selesai dimuat-naik. Jika anda masih belum menerima notifikasi OTA daripada Sony, anda turut boleh cuba menaik-tarafnya menggunakan Sony PC Companion hari ini.


TIPS & ULASAN