Cari @ Amanz

Instagram ialah media sosial perkongsian gambar yang kini turut berfungsi sebagai kedai atas talian bagi usahawan saiber. Kemas kini terkini kepada versi 6.1.9 yang akan diberikan hari ini akan membawakan dua lagi alat untuk memudahkan anda mewarnai gambar sebelum dimuat naik. Dua alat baru ini ialah Fade dan Color. Dengan Color anda boleh mewarna gambar dengan pilihan warna kuning, oren, merah, merah jambu, ungu, biru, cyan dan hijau. Fade pula membolehkan warna tertentu dilembutkan dari gambar asal.

Kemas kini ini diumumkan oleh Instagram melalui laman blog mereka. Ianya akan hadir pada platform Android terlebih dahulu. Versi iOS akan tiba dalam masa beberapa hari. Kepada pengguna Windows Phone, pihak Instagram tidak pula meletakkan tarikh muktamad fungsi terkini ini akan hadir pada sistem operasi ini.

Instagram-fade-color

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd