Cari @ Amanz

Ramai pengeluar peranti telah mula memperkenalkan kemaskini Android 5.0 Lollipop, dan mungkin ada yang tertanya-tanya berkenaan bilakah peranti daripada Huawei akan menerima kemaskini serupa. Terkini, senarai peranti yang akan menerima kemaskini tersebut telah pun dikeluarkan, dan ia dilihat akan diperkenalkan bermula daripada Huawei Mate 7.

Huawei Ascend Mate 7Mate-7-pics-1

Huawei Mate 7 dijangka menerima kemaskini Lollipop seawal bulan Jun kelak, dan diikuti oleh Honor 6 serta Honor 4X pada bulan Julai.

Huawei Ascend P7 pula dijangka menerimanya sekitar Julai, dan diikuti oleh Honor 6 Plus dan Huawei Mate 2 pada bulan Ogos.

Beberapa peranti lain dijangka menerimanya pada September, dan mungkin segelintir peranti tidak akan menerima kemaskini Android 5.0 ini.

Seperti semua sedia maklum, ia akan dilengkapi dengan antaramuka EMUI daripada Huawei, dan mungkin kita akan dapat melihat bagaimanakah versi Lollipop akan kelihatan melalui pengenalan Huawei Ascend P8 pada minggu hadapan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd