Carian
Samsung Memfailkan Paten Untuk Telefon Pintar Yang Boleh Diubah Jadi Gelang Tangan Pintar
April 8, 2015 Aman

Samsung merupakan antara syarikat terawal yang memfokuskan kepada jam tangan pintar, dan mereka merupakan pengeluar telefon pintar terbesar di dunia. Seperti pelbagai syarikat pengeluar barangan elektronik yang lain, mereka sering memfailkan pelbagai paten-paten menarik – dan terkini, salah satu paten yang ditemui adalah kebolehan peranti berupa telefon pintar yang boleh dibentuk menjadi gelang tangan pintar.

Samsung Jam Telefon Paten

Melalui paten yang difailkan ini, ia dilihat skrin untuk peranti ini mempunyai beberapa segmen yang memberikan ia fleksibiliti untuk diubah menjadi sebuah gelang tangan. Ini juga mungkin dijayakan dengan penggunaan kebolehan skrin melengkung yang dibangunkan oleh Samsung.

Samsung telah sedia menyertakan sokongan 3G pada jam tangan pintar Gear S mereka sebelum ini, maka kemungkinan untuk menjayakan peranti berupa telefon yang boleh dubah menjadi gelang tangan ini bukan sesuatu yang mustahil.

Apa pun, memandangkan ia hanya pada peringkat paten, maka tidak diketahui lagi sama ada pihak Samsung akan merealisasikannya ataupun tidak – apatah lagi kos untuknya mungkin sedikit tinggi buat masa ini.

Komen