Instagram Kini Membolehkan Anda Menerima Notifikasi Jika Seseorang Itu Memuat-Naik Gambar

Instagram Kini Membolehkan Anda Menerima Notifikasi Jika Seseorang Itu Memuat-Naik Gambar

Diterbitkan pada Apr 8, 2015 oleh .

Instagram kini telah menjadi salah satu laman sosial perkongsian gambar, dimana ramai yang berkongsi perkembangan harian mereka melaluinya. Terkini, selain memperkenalkan beberapa sokongan filter baru, Instagram turut menambah sebuah fungsi baru yang membolehkan anda menerima notifikasi jika seseorang itu memuat-naik gambar.

Instagram Push Notification

Untuk mengaktifkannya, anda hanya perlu ke profil seseorang yang anda ingin terima notifikasi, dan klik pada menu, seterusnya memilih “Turn On Notifications”.

Sebaik sahaja mengaktifkannya, anda akan menerima notifikasi setiap kali seseorang itu memuat-naik gambar ke akaun mereka.

Fungsi ini juga sekaligus membolehkan anda menggunakannya dalam menerima notifikasi daripada jenama-jenama yang anda gemari. Kedua-dua aplikasi Instagram untuk Android dan iOS telah menerima fungsi baru ini.


TIPS & ULASAN