Cari @ Amanz

Skype telah memperkenalkan fungsi Skype Translator yang menawarkan kebolehan terjemahan masa-nyata ketika panggilan video, sekaligus membolehkan para pengguna seluruh dunia berinteraksi antara satu sama lain walaupun menggunakan bahasa yang berbeza.

Ketika pengenalan, ia hanya menyokong bahasa Sepanyol dan Inggeris sahaja, dan hari ini pihak Skype turut memperkenalkan sokongan untuk bahasa Mandarin.

Skype Translator Mandarin

Bahasa Mandarin juga merupakan salah satu bahasa utama yang digunakan dalam perbualan harian di Malaysia, maka kemaskini dan ujian beta untuk Skype Translator ini juga secara tidak langsung memberikan kelebihan kepada pengguna tempatan.

Bercakap mengenai kejayaan disebaliknya, bahasa Mandarin mempunyai sejumlah besar frasa untuk dipelajari, dan kejayaan Microsoft memperkenalkan Skype Translator untuknya memberikan idea yang mana mereka juga berupaya menjayakan pengenalan bahasa lain di dunia pada platform mereka itu. Pengenalan sokongan bahasa Mandarin ini juga hadir lanjutan daripada fokus pihak Microsoft untuk pasaran China baru-baru ini.

Bagi anda yang ingin mencuba Skype Translator, anda boleh mendaftar minat untuknya hari ini, dan mencuba versi pembangunan awal untuknya sebelum ia diperkenalkan dalam fasa stabil.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd