Acer Liquid Z410 Dengan Cip 64-bit Dan LTE Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM459

Acer Liquid Z410 Dengan Cip 64-bit Dan LTE Dilancarkan Di Malaysia – Berharga RM459

Diterbitkan pada Apr 9, 2015 oleh .

Acer Malaysia hari ini menambah satu lagi peranti dibawah portfolio mereka, iaitu Acer Liquid Z410. Peranti ini telah diperkenalkan untuk pasaran global beberapa bulan yang lepas, dimana ia merupakan salah satu telefon pintar dengan cip 64-bit serta dilengkapi dengan sokongan rangkaian 4G LTE.

Acer Liquid Z410

Acer Liquid Z410 menggunakan skrin bersaiz 4.5-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.3Ghz, memori 1GB RAM dan ruangan storan 8GB. Untuk rakaman pula, ia menyertakan kamera belakang 5-megapixel f/2.4 dan juga kamera hadapan 2-megapixel.

Acer turut melengkapkan peranti yang menjalankan Android 4.4 KitKat ini dengan sokongan dwi-SIM, selain turut menyertakan sokongan butang akses pantas pada bahagian belakang dinamakan Acer RAPID.

Di Malaysia, Acer Liquid Z410 akan dijual pada harga RM459 (termasuk GST) dan ditawarkan dalam warna hitam.


TIPS & ULASAN