Cari @ Amanz

LinkedIn merupakan salah satu laman sosial yang memfokuskan kepada golongan professional dan bekerjaya, dimana ia digunakan untuk pelbagai tujuan, termasuk untuk mencari pekerjaan dan berkenalan dengan rakan-rakan baru pada jawatan yang sama. LindkedIn sebelum ini telah mengambil beberapa syarikat dibawah mereka, seperti Pulse dan SlideShare. Hari ini, mereka turut menambah satu lagi perkhidmatan baru dibawah portfolio mereka, iaitu Lynda.com

LinkdedIn Lynda

Lynda.com merupakan salah satu platform pembelajaran dalam-talian yang lebih memfokuskan kepada skil-skil teknikal dan menjadi destinasi ramai dalam mempelajari untuk mendapatkan bahan pembelajaran bukan sahaja dalam bentuk tutorial tetapi juga dalam bentuk video.

LinkedIn mengambil-alih Lynda.com ini pada nilai mencapai $1.5 bilion (~RM5.44 bilion), dan mengatakan pengambil-alihan ini akan membolehkan mereka yang mencari kerja untuk terus menambah skil-skil baru dan mempelajari ilmu baru melalui laman berkenaan.

Lynda.com akan beroperasi seperti biasa buat masa ini, dan boleh diakses semua seperti sebelum-sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd