Huawei SnapTo – Telefon Pintar Berspesifikasi Rendah Dengan Sokongan 4G LTE Daripada Huawei

Huawei SnapTo – Telefon Pintar Berspesifikasi Rendah Dengan Sokongan 4G LTE Daripada Huawei

Diterbitkan pada Apr 10, 2015 oleh .

Huawei mempunyai beberapa penawaran peranti pada harga rendah, dan terkini turut menambah satu lagi telefon baru dibawah keluarga peranti mereka, dinamakan sebagai Huawei SnapTo. Buat masa ini, telefon ini ditujukan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.

Huawei Snapto

Huawei SnapTo membawakan skrin bersaiz 5-inci dengan paparan 720p, dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 400, memori 1GB RAM, dan bateri berkapasiti 2200mAh. Telefon ini turut dilengkapi kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan 2-megapixel. Telefon yang menjalankan Android 4.4 KitKat ini turut hadir menggunakan rangkaian 4G LTE bersama0-sama dengannya.

Selain antaramuka khusus daripada Huawei, pihak Huawei turut melengkapkan beberapa sokongan khusus untuknya, dan salah satunya dinamakan sebagai Ultra Snapshot – membolehkan para pengguna mengaktifkan sokongan kamera dengan menekan butang volume ke bawah sebanyak dua kali. Mungkin sokongan kamera khusus ini yang membuatkan Huawei untuk menggunakan nama SnapTo sebagai nama peranti ini.

Huawei SnapTop dijual pada harga $180 di Amerika Syarikat iaitu sekitar harga RM655 di Malaysia. Ia tidak diketahui sama ada pihak Huawei akan membawa masuk peranti ini ke pasaran tempatan ataupun sebaliknya – tetapi jika ya, semestinya tetapan harga akhir kelak akan menentukan penerimaannya di Malaysia, apatah lagi dengan pelbagai penawaran peranti 4G LTE pada harga rendah di Malaysia.


TIPS & ULASAN