SnapSeed 2.0 Hadir Dengan Lebih Pilihan Untuk Menyunting Gambar

SnapSeed 2.0 Hadir Dengan Lebih Pilihan Untuk Menyunting Gambar

Diterbitkan pada Apr 10, 2015 oleh .

SnapSeed merupakan salah satu aplikasi penyuntingan gambar untuk Android dan juga iOS yang dimiliki oleh Google. Setelah sekian lama tidak menerima kemaskini, hari ini Google telah mula memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi berkenaan dengan pengenalan SnapSeed 2.0 untuk Android dan juga iOS.

SnapSeed 2.0

SnapSeed 2.0 menawarkan beberapa sokongan baru, dan salah satunya dinamakan sebagai Stacks yang membolehkan anda menggunakan filter yang sama yang telah dibuat pada sesuatu gambar ke gambar yang lain. Disamping itu, beberapa sokongan baru yang turut disertakan adalah termasuk Lens Blur, Spot Healing dan juga Tonal Contrast.

Kemaskini untuk SnapSeed ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua, dan anda boleh memuat-turunnya secara percuma ke peranti anda hari ini untuk tujuan penyuntingan gambar.

Muat-Turun SnapSeed untuk Android

Muat-Turun SnapSeed untuk iPhone


TIPS & ULASAN