Cari @ Amanz

P1 merupakan salah satu syarikat telekomunikasi yang mulanya hadir dengan perkhidmatan WiMax di Malaysia, selain turut menghadapi pelbagai masalah melibatkan CTOS pada tahun lepas. Tahun lepas juga turut menyaksikan P1 diambil-alih oleh pihak Telekom Malaysia.

Setelah sekian lama menyepi, kini P1 hadir dengan kemaskini untuk pakej ToGo MiFi mereka – yang mana merupakan penggunaan MiFi untuk penggunaan internet mudah-alih. Melalui kemaskini baru ini, P1 memasarkan pakej mereka dengan penawaran internet tanpa-had pada kelajuan pilihan 1Mbps dan juga 2Mbps.

P1 Wimax

P1 mengatakan setiap pakej ini hadir dengan penggunaan kuota sehingga 100GB sebulan, dan apabila melangkauinya, kelajuan penggunaan internet akan diperlahankan.

Untuk pakej 1Mbps, pihak P1 mengenakan caj bulanan sebanyak RM115.54, sementara 2Mbps pula berharga RM168.54 sebulan. Beberapa caj tambahan untuk pengaktifan dan] pendaftaran akan dikenakan, dan pada masa yang sama P1 turut menawarkan langganan percuma untuk sebulan pertama jika membuat langganan menggunakan laman web mereka.

Dengan pengenalan pakej berkuota tinggi ini, mungkinkah kita akan melihat lebih banyak perubahan dilakukan oleh syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan mudah-alih di Malaysia dalam bulan-bulan akan datang?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd