UC Browser Kini Hadir Pada Desktop Dengan Pengenalan Untuk Windows

UC Browser Kini Hadir Pada Desktop Dengan Pengenalan Untuk Windows

Diterbitkan pada Apr 10, 2015 oleh .

Bagi para pengguna peranti mudah-alih, pelayar web UC Browser bukan sesuatu yang asing. Terkini, pembangunnya membawa pelayar web yang digemari ramai tersebut ke arena desktop dengan pengenalan versi Windows. Versi yang diperkenalkan ini berbeza dengan versi ModernUI yang terdapat pada Windows Store selama ini.

UC Browser

Pelayar web ini dibangunkan dengan kod sumber Chromium, maka ia membawakan prestasi pelayaran web dan fungsi lebih kurang sama seperti Google Chrome. Pengguna juga turut boleh sync akan penggunaan mereka antara peranti mudah-alih terus ke versi desktop menggunakan pelayar web ini.

Dari segi fungsi, pihak UC Browser turut melengkapkan pelayar web ini dengan sokongan pengurus muat-turun – yang membolehkan anda menguruskan muat-turun dan menjadikan muat-turun lebih pantas. Selain daripada itu, pengguna turut boleh mengubah bentuk paparan pelayar web anda dengan mengubah tema, atau menambah pemalam tambahan pada UC Browser. Untuk sokongan pemalam, pihak UC Browser mengintegrasikan ia dengan Chrome WebStore, membolehkan anda menggunakan pemalam sedia ada yang terdapat pada Chrome Web Store.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows, dan meminati pelayar web UC Browser, anda boleh memuat-turun versi desktop ini hari ini dan menikmati fungsi yang ditawarkan olehnya ini.

Muat-Turun UC Browser untuk Windows


TIPS & ULASAN