Carian
Project Maelstrom – Pelayar Web Daripada BitTorrent Kini Dalam Fasa Beta, Sedia Dimuat-Turun Semua
April 11, 2015 Aman

BitTorrent sebelum ini telah mula memperluaskan penggunaan dan integrasi teknologi mereka ke beberapa platform, termasuk salah satu pelayar web dinamakan sebagai Project Maelstrom. Beberapa bulan lepas, mereka telah mengeluarkan ia dalam fasa alfa, dan hari ini BitTorrent telah mula menawarkan ia dalam bentuk beta.

Project Maelstrom

Melalui fasa beta ini, semua pengguna Windows boleh memuat-turunnya tanpa memerlukan sebarang jemputan dan sebagainya. Sesiapa sahaja boleh memuat-turun, memasang dan menggunakannya.

MaelStrom ini dilihat berasaskan kepada kod sumber Chromium, dan membawakan antaramuka yang menyerupai Google Chrome. Sokongan teknologi BitTorrent turut diintegrasikan pada pelayar web ini yang membolehkan penerbit kandungan menawarkan kandungan dengan lebih efisyen dan pada kos rendah berbanding penggunaan HTTP.

Pengenalan fasa beta ini juga turut hadir dengan pengenalan sokongan untuk para pembangun.

Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Windows, anda boleh memuat-turun Project Maelstrom hari ini dan mencuba sendiri pelayar web daripada pihak BitTorrent ini.

Komen