Cari @ Amanz

McDonald’s merupakan salah satu restoran makanan segera yang popular di Malaysia, dan turut menyediakan perkhidmatan menghantar pesanan terus ke rumah melalui perkhidmatan yang dinamakan sebagai McDelivery. Sebelum ini sokongan membuat pesanan melalui web telah diperkenalkan, dan kini, sokongan sama turut diperluaskan melalui pengenalan aplikasi untuk Android dan iOS.

Aplikasi ini seperti biasa ditawarkan secara percuma dan hadir dengan sokogan bahasa Malaysia serta Inggeris. Menggunakan aplikasi yang dinamakan sebagai McDelivery Malaysia ini, pengguna boleh membuat tempahan makanan, menyemak menu makanan, serta menjejak dimanakah lokasi semasa penghantaran makanan mereka.

McDelivery Malaysia

Buat masa ini, aplikasi ini dilihat masih menghadapi beberapa masalah, terutamanya melibatkan penemuan lokasi – sekaligus menyukarkan tempahan dibuat. Pada masa yang sama, aplikasi ini turut dilihat mempunyai beberapa pepijat yang membuatkan ia sering crash pada platform Android. McDonald’s juga turut menekankan yang mana pembayaran melalui kad kredit masih tidak disokong buat masa ini.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa pengguna yang mengatakan mereka telah berjaya membuat tempahan makanan McDonald’s menggunakan aplikasi ini.

Bagi anda yang ingin mencuba, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada AppStore atau Google Play Store hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd