Windows 10 Technical Preview Kini Menyokong Lebih Banyak Telefon Lumia – Menyertakan Project Spartan

Windows 10 Technical Preview Kini Menyokong Lebih Banyak Telefon Lumia – Menyertakan Project Spartan

Diterbitkan pada Apr 12, 2015 oleh .

Selepas menawarkan kemaskini baru untuk pengguna komputer sebelum ini, kini Microsoft turut sama telah mengeluarkan kemaskini Windows 10 Technical Preview untuk telefon pintar. Melalui kemaskini baru ini, ia menyokong lebih banyak telefon pintar seperti dijanjikan oleh Microsoft sebelum ini, termasuk Lumia 1020 dan Lumia 1520.

Windows 10 Phone

Versi pembangunan Windows 10 untuk telefon pintar ini juga turut menyertakan pelbagai fungsi baru bersama-sama dengannya. Salah satu yang menjadi fokus utama adalah sokongan pelayar web Project Spartan yang kini turut disertakan dalam bentuk versi telefon ini. Ia hadir bersama-sama dengan Internet Explorer 11.

Disamping itu, Microsoft turut menyertakan beberapa aplikasi baru yang dikemaskini, termasuk antaranya adalah Outlook dan juga aplikasi kalendar. Aplikasi permesejan dan telefon turut dikemaskini dengan diberikan nafas baru. Aplikasi pemetaan baru yang berfungsi sebagai aplikasi universal (yang turut berfungsi pada skrin besar) turut disertakan.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mencuba sendiri versi pembangunan Windows 10 Technical Preview ini hari ini, dan melihat pelbagai fungsi baru dan nafas baru yang akan dibawakan oleh Windows 10 ke telefon pintar tidak lama lagi.

Sertai : Windows Insider Program


TIPS & ULASAN