Cari @ Amanz

MINI-augmented-vision-designboom08

Cermin mata realiti tambahan (AR = augmented reality) adalah evolusi kepada cermin mata realiti maya yang sudah matang teknologi sejak kebelakangan ini. Cermian mata realiti maya digunakan di dalam industri permainand dengan menggunakan Samsung Gear VR dan Oculus Rift. Impaknya terhadap kehiduapn seharian adalah kecil jika dibandingkan dengan masa depan teknologi AR.

Teknologi AR juga bukan teknologi baru tetapi hanya sejak dua tahun kebelakangan ini ia dibangunkan untuk memudahkan kehidupan seharian manusia. Mini Augmented Vision ialah konsep penggunaan kaca mata AR ketika memandu. Kaca mata AR ini membolehkan anda melihat menembusi tubuh kereta sekaligus menghapuskan titik buta. Ia memudahkan anda meletakkan kereta dan mengurangkan risiko terlanggar kanak-kanak ketika kereta mengundur. Ia juga boleh berfungsi sebagai HUD paparan kelajuan kereta, sistem navigasi GPS dan memaparkan mesej dari peranti pintar. Konsep ini dihasilkan oleh BMW dengan kerjasama Qualcomm. Prototaip kacamata AR ini akan diperlihatkan kepada umum di Pertunjukan Kereta Shanghai 22 April akan datang.

MINI-augmented-vision-designboom05 MINI-augmented-vision-designboom04

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd