Salamander : Beca Roda Tiga Dua Alam Untuk Kegunaan Filipina

Salamander : Beca Roda Tiga Dua Alam Untuk Kegunaan Filipina

Diterbitkan pada Apr 13, 2015 oleh .

salamander

Setiap tahun negara Filipina akan dilanda taufan yang menyebabkan kerosakan yang teruk serta banjir yang memerangkap penduduk. Pada tahun 2013 Taufan Haiyan melanda Filipina menyebabkan lebih 6300 penduduk terkorban dan ratusan ribu lagi hilang tempat tinggal.Banyak mangsa meninggal dunia kerana terperangkap dan tidak sempat mendapatkan rawatan kecemasan. Menyedari masalah ini kenderaan dua alam Salamander dihasilkan oleh pereka tempatan.

Salamander kelihatan seperti Traysikel, kenderaan beroda tiga yang sangat popular di negara ini. Ia boleh bergerak di atas darat dan terapung seperti bot apabila banjir. Dua versi wujud satu diperkasakan enjin konvensional 200 cc dan satu lagi menggunakan kuasa elektrik. Salamander boleh memecut sehingga 80 kilometer sejam di atas darat dan 11 kilometer sejam di atas permukaan air. Pereka Salamander, H20 Techonologies berharap rekaan mereka dapat digunakan oleh pengguna ketika banjir yang pasti berlaku setiap tahun ketika musim taufan. Setiap kenderaan akan dijual pada harga di antara $6000 dan $11 000 bergantung kepada model.

salamander-6

Mungkin usaha sama ASEAN boleh dilakukan oleh kerajaan Malaysia untuk menggunakan Salamander di kawasan mudah banjir di Malaysia. Tahun lalu banjir teruk pantai timur mengakibatkan puluhan ribu rakyat tempatan terperangkap. Bantuan gagal disampaikan dengan pantas dan kenderaan dua alam seperti Salamander yang mampu milik ini pastinya bagus digunakan di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Bas dua alam yang dipesan kerajaan Terengganu terlalu mahal untuk dibeli secara pukal. Ini mungkin antara kenderaan yang akan memudahkan rakyat ketika kecemasan.

 


TIPS & ULASAN