Shield And Share : Pakaian dan Peralatan Mesra Peranti Pintar Pekerja Sektor Pembinaan

Shield And Share : Pakaian dan Peralatan Mesra Peranti Pintar Pekerja Sektor Pembinaan

Diterbitkan pada Apr 13, 2015 oleh .

Perkongsian di media sosial kini menjadi perkara normal. Segala benda di dunia mahu dikongsikan dengan cepat ke media sosial tidak mengira sektor mana anda bekerja. Bagi pekerja sektor pembinaan menggunakan peranti pintar mungkin akan meletakkan diri mereka di dalam situasi bahaya. Ketika bekerja contohnya kedua-dua tangan perlu digunakan dan memegang peranti pintar bukanlah benda yang harus mereka lakukan. Menyedari hakikat ini pereka Odo Fioravanti,  mengasilkan Shield And Share, koleksi pakaian dan alatan mesra peranti pintar untuk pekerja sektor pembinaan.

Shield and Share 1

Ada penutup muka untuk memateri yang dilengkapi pemegang telefon pintar. Video kerja memateri boleh dirakam ketika kerja dilakukan. Terdapat juga topi keselamatan tapak pembinaan dengan tempat pemegang telefon terbina. Turut dihasilkan ialah pakaian coverall dengan poket khas mempunyai tingkap bagi membolehkan kamera digunakan. Alat perlindungan telinga dengan kemampuan tambatan Bluetooth membantu pekerja menjawab telefon dengan mudah. Akhir sekali ialah penjejak GPS pada kasut yang digunakan majikan untuk mengetahui dimanakah kedudukan pekerja setiap masa. Ini dapat memastikan pekerja tidak memasuki kawasan berbahaya di tapak pembinaan.

Anda mungkin bertanya mengapa perlu rakam video ketika bekerja? Tak boleh tunggu selepas bekerja? Rakaman mungkin dilakukan bagi tujuan mengajar pekerja baru. Video tutorial boleh dihasilkan sendiri tanpa perlu menggunakan alatan khas yang mahal. Pada masa yang sama rakaman video juga boleh dilakukan bagi tujuan keselamatan. Jika kemalangan berlaku video yang dirakam boleh menjadi bukti bagaimana kecelakaan berlaku.

shield-and-share-3 Shield-and-Share-2


TIPS & ULASAN